Tuesday, August 11, 2009

SOALAN PERCUBAAN BAGI CALON RAE

SOALAN PERCUBAAN BAGI CALON RAE

1. Yang manakah di antara stesen radio amatur berikut ditakrifkan sebagai stesen yang bekerja dengan satelit radio amatur?
a) Stesen satelit radio amatur
b) Stesen bergerak radio amatur
c) Stesen mudahalih radio amatur
d) Stesen bumi radio amatur

2.Tanggungjawab anda sebagai pemegang lesen radio amatur adalah anda mestilah:
a)membenarkan lain-lain pengendali radio untuk mengendalikan stesen anda atas permintaan
b)Hadir apabila stesen dikendalikan
c)Bertanggungjawap mengendalikan stesen yang betul Peraturan-peraturan Radio Komunikasi
d)Memberitahu Kementerian Tenaga Air dan Komukasi sekiranya terdapat lain-lain amatur yang bertindak sebagai pengendali stesen anda.

3. Stesen radio amatur hanya boleh digunakan untuk berhubung dengan:
a) Lain-lain stesen radio rangkaian persendirian
b) Lain-lain stesen penyiaran
c) Lain-lain stesen radio amatur
d) Sebuah stesen radio haram

4. Awalan “callsign” bagi penguntukan radas stesen amatur Kelas A yang menetap di Sarawak ialah:
a) 9M8
b) 9M7
c) 9M6
d) 9M2

5 Bagi tujuan kawalseliaan, dunia ini telah dibahagikan oleh Kesatuan Telekomukasi Antarabangsa (ITU) kepada wilayah-wilayah yang setiap satunya diperuntukan spectrum radio yang berbeza. Di wilayah manakah Malaysia diletakkan?
a) Wilayah 1
b) Wilayah 2
c) Wilayah 3
d) Wilayah 4

6. Awal “callsign” antarabangsa yang diperuntukan untuk Malaysia oleh Kesatuan Telekomukasi Antarabangsa (ITU) ialah:
a) 9WA-9WZ
b) 9MA-9MZ
c) 9M0-9M9
d) Pilihan a) dan b) diatas

7. Apakah definasi bagi Perkhidmatan Radio Amatur?
a) suatu perkhidmatan radiokomunikasi yang dijalankan oleh individu selain dari pemberi perkhidmatan telekomunikasi
b) Suatu perkhidmatan radiokomunikasi yang dijalankan oleh orang yang bukan professional
c) Suatu perkhidmatan radiokomunikasi yang dijalankan oleh juruteknik bagi maksud latihan diri sebagai pengumuman radio
d) Suatu perkhidmatan radiokomunikasi bagi maksud latiham diri, interkomunikasi dan penyiasatan teknikalyang dikendalikan oleh amatur

8. Berdasarkan kepada Peraturan-peraturan Komukasi dan Multimedia (Spektrum) 2000, berapakah jumlah yuran tahunan bagi Stesen Pengulang Radio Amatur
a) RM 60.00
b) RM 24.00
c) RM 36.00
d) RM120.00

9. Di Malaysia, sebuah stesen radio amatur adalah sesuatu yang:
a) Dibenarkan oleh Suruhjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk dikendalikan dalam jalur frekuensi amatur
b) Dimiliki dan dikendalikan oleh seseorang yang tidak melibatkan diri secara professional dalam bidang radiokomunikasi
c) Digunakan secara eksklusif bagi menyediakan perhubungan dua hala pertubuhan-pertubuhan bersukan amatur
d) Digunakan sebagai keutamaan bagi perhubungan kecemasan ketika banjir, gempa bumi dan bencana yang seumpanya

10. Peraturan-peraturan asas Kesatuan Telekomukasi Antarabangsa (ITU) ialah untuk menguruskan stesen radio amatur ada terdapat dalam:
a) Peraturan-peraturan Radio Antarabangsa
b) Peraturan-peraturan Radio Amatur Antarabangsa
c) Peraturan-peraturan Spektrum Antarabangsa
d) Akta Radio Amatur Antarabangsa

11. Sebelum mengendalikan stesen radio amatur didalam kenderaan, anda mestilah:
a) Memberitahu Jabatan Pengankutan Jalan nombor pendaftaran kenderaan anda yang dipasang dengan kelengkapan radio amatur
b) Memberitahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia tentang hasrat anda itu
c) Memiliki penguntukan radas stesen amatur yang sah
d) Memperolehi permit dan “callsign” tambahan

12. Pengendalian radio amatur boleh melakukan aktiviti-aktiviti berikut dengan radionya kecuali:
a) Berhubung ke seluruh pelusuk dunia
b) Berhubung dengan angkasawan ketika beredar mengelilingi bumi
c) Menyediakan perkhidmatan penyiaran kepada orang awam
d) Memberi bantuan ketika kecemasan dan bencana alam dengan menyediakan perhubungan bila mana perkhidmatan perhubungan biasa gagal atau tidak dapat digunakan

13. Takrifan “ Peak Envelope Power”
a) Bermaksud kuasa yang dibekalkan ke antenna oleh penerima radio dalam keadaan tanpa modulatan
b) Bermaksud kuasa purata yang dibekalkan ke talian –talian penghantaran antena oleh suatu pemancar semasa satu kitar frekuensi radio pada rabung tertinggi dari sampul termodulat yang diambil dalam keadaan kendalian biasa
c) Bermaksud kuasa purata yang dibekalkan ketalia-talian penghantaran antenna dalam keadaan tanpa modulatan
d) Bermaksud kuasa purata yang dibekalkan ke antenna dalam keadaan dimana kuasa tersebut tidak mendatangkan bahaya kepada kehidupan

14. Kuasa keluaran maksima yang dibenarkan dari stesen radia amatur kelas A ialah:
a) 300 Watt PEP
b) 400 Watt PEP
c) 500 Watt PEP
d) 1000 Watt PEP

15. Stesen radio amatur yang dikendalikan dari tempat sebagaimana yang dinyatakan dalam penguntukan radas stesen amaturnya dipanggil:
a) Stesen radio amatur terkhusus
b) Stesen pangkalan
c) Stesen bergerak
d) Stesen mudahalin

16. Pentadbiran bagi perkhidmatan radio amatur di Malaysia dikendalikan oleh:
a) Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa
b) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
c) Kesatuan Radio Amatur Antarabangsa
d) Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi

17. Pemodulatan frekuensi menggunakan suara diistilahkan sebagai:
a) F1A
b) F3C
c) F2A
d) F3E

18. Apakah umur minima yang dibolehkan bagi seseorang untuk mengambil Peperikasaan Radio Amatur di Malaysia?
a) 12 Tahun
b) 14 Tahun
c) 18 Tahun
d) Tiada had umur minima

19. Peraturan 27 (1) dari Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik ) 2000 menyatakan bahawa:
a) Tiada seorang pun boleh memancarkan mana-mana bahagian dari spectrum freakuensi melainkan jika orang itu dilesenkan
b) Tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengendalikan apa-apa kegiatan dalam suatu bidang kemahiran yang ditetapkan melainkan jika orang itu diperakui
c) Tiada seorang pun dibenarkan mengendalikan kelengkapan radio amatur melainkan jika kelengkapan tersebut diperakui oleh SIRIM
d) Tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengendalikan apa-apa kegiatan dalam perkhidmatan radio amatur melainkan jika orang itu mampu untuk mengendalikan suatu stesen radio amatur dengan betul

20. Peraturan yang manakah bukan peraturan subsidiary bagi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998?
a) Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Spektrum)2000
b) Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Perlesenan) 2000
c) Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000
d) Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Penyiaran) 2000

21. Aturan yang betul bagi pertukaran “callsign” pada permulaan dan akhiran suatu penghantaran ialah:
a) “Callsign” pihak dan akhiran suatu dengan “callsign” anda
b) “Callsign” andan diikuti dengan “callsign” pihak yang satu lagi
c) “Callsign” anda, diulang dua kali
d) “Callsign” pihak yang satu lagi, diulang dua kali

22. Bila berbual melalui suatu pengulang VHF atau UHF, anda perlu diam seketika diantara “over” bagi membolehkan:
a) Laluan bagi pesanan penting dan kecemasan
b) Stesen lain untuk turut serta dalam “QSO”
c) Untuk menyejukkan pengulanhg
d) Jawapan a) dan b) diatas

23. Dalam suatu perhubunga telefoni, adalah disarankan agar:
a) Bercakap secepat mungkin bagi melegakan frekuensi
b)Bercakap sangat perlahan dengan menggunakan fonetik sekerap yang mungkin
c) Menggunakan Kod “Q” sekerap yang mungkin
d) Bercakap dengan jelas dan tidak terlalu cepat

24. Apabila membuat panggilan “CQ” adalah menjadi amalan baik untuk:
a) Menggunakan frekuensi yang sedang digunakan oleh stesen yang lemah
b) Sentiasa menggunakan “CW”
c) Hanya memanggil stesen-stesen “DX”
d) Mempastikan yang frekuensinya adalah lega (tidak digunakan) sebelum memulakannya

25. Apa yang harus anda lakukan apabila anda mendengar dua stesen sedang “QSO”?
a) Menyampuk perbualannya tanpa mengetahui apa yang sedang mereka perbincangkan
b) Dengar dahulu dan setelah mengetahui inti-pati “QSO” tersebut mohonlah untuk terut serta dan mulalah perbincangan mengenai hal lain
c) Menyampuk dan mulakan perbincangan mengenai hal lain
d) Dengar dulu dan sekiranya anda rasa anda boleh menyumbang kepada “QSO” tersebut, mohonlah untuk turut serta dan berbuallah dengan merangsangkan lagi perbincangan tersebut

26. Maklumat apakah yang kebiasaannya terkandung di dalam buku log stesen
a) Tarikh dan masa bagi setipa perhubungan
b) Jalur dan /atau frekuensi bagi setipa perhubungan
c) “Callsign” bagi stesen yang dihubungi dan laporan isyarat “RST” yang diberikan
d) Kesemua jawapan yang diatas

27. Kandungan (maklumat) yang direkodkan dalam buku log stesen mestilah disimpan untuk tempoh:
a) Sekurang-kurangnya 6 Bulan
b) Sekurang-kurangnya 1 Tahun
c) Sekurang-kurangnya 2 Tahun
d) Selama-lamanya

28. Nada standard yang digunakan untuk pengulang-pengulang radio amatur di Malaysia ialah:
a) 67.0 Hz
b) 103.5 Hz
c) 203.5 Hz
d) 250.3 Hz

29. Pengulang kebiasaanya beroperasi dalam mod yang mana:
a) AM
b) FM
c) SSB
d) CW

30. Satelit mengandungi “transponder” yang menyalurkan semula:
a) Hanya isyarat-isyarat “CW”
b) Hanya isyarat-isyarat “FM”
c) Semua mod modulatan
d) Isyarat-isyarat digital sahaja

31. Apakah amalan terbaik apabila menggunakan pengulang?
a) Kekalkan “over” singkat bagi membolehkan pengguna lain mencapainya
b) Kekalkan “over” selama mana yang anda suka
c) Bincangkan perkara-perkara termasuk politik, seks dan agama
d) Mencapai pengulang tersebut tanpa memberi “callsign” anda

32. Apabila bekerja dengan Satelit Amatur anda haruslah:
a) Menggunakan kuasa maksima yang dibenarkan
b) Memeriksa atena anda untuk resonan pada frekuensi yang dipilih
c) Menggunakan kuasa yang mencukupi untuk mengekalkan perhubungan yang boleh diharapkan
d) Menggunakan pemprosesan yang lebih besar

33. “QRT” bermalsud:
a) Tutup/tamat
b) Berjag-jaga
c) Pemudaran
d) Kuasa rendah

34. Perkataan “CW” adalah singkatan untuk?
a) Kod Morse
b) Panggilan menunggu
c) Gelombang terus-menerus
d) “Carrier Weight”

35. Apakah kod “Q” yang betul bagi “apakah lokasi anda”?
a) QSD
b) QSB
c) QRN
d) QTH

36. Kod “Q” yang betul bagi “adakah isyarat saya memudar?” ialah:
a) QSD
b) QSB
c) QRN
d) QRH

37. Salah satu alas an kenapa anda harus mengelakkan daripada menggunakan ungkapan selanga atau kombinasi perkataan-perkataan bagi mengenal pasti stsen anda ialah:
a) Ianya tidak mudah difahami oleh amatur lain yang tidak bertutur dalam bahasa inggeris
b) Mereka mungkin menyinggung perasaan amatur lain yang berbahasa Inggeris
c) Mereka tidak memenuhi keperluan pengenalan SKMM
d) Mereka berkemungkinan diterjemah sebagai kod-kod atau tulisan rahsia bertujuan untuk mengabur maksud pemgenalan anda

38. Yang mana satukah di antara pilihan berikut adalah penggunaan salah bagi abjad fonetik antarabangsa?
a) Alfa
b) Beta
c) Charlie
d) Delta

39. Yang mana satukah diantara pilihan berikut menggunakan abjad fonetik antarabangsa yang betul bagi mengeja perkataan “SHIP”
a) Singapore Hawaii Italy Paris
b) Santiago Honolulu India Paris
c) Sierra Hotel Italy Papa
d) Sierra Hotel India Papa

40. Litar “Squeich” atau bisuan pada alat penerima VHF adalah untuk:
a) Menyekat keluaran audio melainkan jika stesen itu sedang menerima
b) Memampatkan isyarat suara mendatang untuk membuatkan ianya lebih difahami
c) Mengurangkan hangar pada isyarat mendatang
d) Mengurangkan hangar pada isyarat mendatang

41. Laporan kebolehan bacaan “R2” menandakan:
a) Ketidak boleh bacaan
b) Hanya boleh dibaca dengan sedikit kesukaran
c) Sangat sukar dibaca dan sangat bising
d) Boleh dibaca dengan sempurna

42. Laporan isyarat “5 99” diberikan bila isyarat yang diterima mempunyai:
a) Kekuatan isyarat yang lemah dengan nada “CW” isyarat yang baik
b) Kekuatan isyarat yang baik tetapi nada “CW” yang lemah
c) Nada “CW” yang tidak boleh dibaca sama sekali
d) Isyarat nada yang boleh dibaca sepenuhnya, kuat dan jelas

43. Laporan “S” dalam kod “RST” diperolehi daripada:
a) Tahap kuasa dari isyarat yang dipancarkan
b) Kelajuan pada mana “CW” dihantar
c) Tahap gangguan pada jalaur
d) Bacaan pada petunjuka “meter” S penerima

44. Apa itu pelan jalur?
a) Garis panduan sukarela yang dibangunkan oleh SKMM yang membolehkan penggunaan mod-mod pengendalian yang berbeza di dalam suatu jalur amatur
b) Garis panduan lengkap daripada SKMM untuk memnentukan jalur frenkuensi amatur
c) Satu pelan jadual pengendalian didalam jalur amatur yang diterbitkan oleh SKMM
d) Suatu pelan yang difikirkan oleh suatu jkelab sebagai penggunaan terbaik suatu jalur frekuensi ketika suatu pertandingan

45. Apabila perkhidmatan amatur adalah pengguna skunder bagi suatu jalur dimana perkhidmatan lain adalah merupakan pengguna utamanya, ini bermakna:
a) Tiada makna sama sekali, semua pengguna mempunyai hak sama rata untuk mengendali
b) Pihak amatur mungkin boleh menggunakan jalur tersebut ketika kecemasan sahaja
c) Jalur tersebut mungkin boleh digunakan oleh amatur dengan syarat mereka tidak mencetuskan gangguan memeudaratkan kepada pengguna utamanya
d) Anda mungkin boleh meningkatkan kuasa pemancaran untuk mengatasi sebarang gengguan yang disebabkan oleh pengguna utamanya

46. Untuk keselamatan kelengkapan, sebelum anda menghidupkan kelengkapan radio amatur, anda haruslah mempastikan yang kelengkapan tersebut telah disambungkan kepada:
a) Suatu unit bekalan kuasa tak diatur
b) Suatu antenna atau suatu beban semua
c) Suatubatei yang telah dicas sepenuhnya
d) Jawapan a) dan b) di atas

47. Yang manakah diantara yang beriku adalah cra terbaik untuk memeasang antenna anda berhubung dengan talian atas kuasa elektrik?
a) Sentiasa pastikan wayar antenna anda adalah lebih tinggi dari talian kuasa dan melintasinya pada sudut 90 darjah
b) Sentiasa pastikan antenna dan talian suapan anda adalah jelas dan bebas dari sebarang talian kuasa
c) Sentiasa pastikan antenna anda adalah lebih rendah daripada talian kuasa dan melintasinya pada sudut yang kecil
d) Hanya menggunakan antenna menegak dalam lingkungan 100 kaki dari talian kuasa

48. Apakah amalan terbaik untuk melindungi kelengkapan radio amatur anda daripada disambar kilat?
a) Menggunakan penebatan berat pada pendawaiannya
b) Tidak mematikan kelengkapan tersebut
c) Tanggalkan system pembumian daripada semua radio
d) Tanggalkan kesemua sambungan talian kuasa dan sambungan antenna dari kelengkapan tersebut

49. Sebagai langkah keselamatan dalam setiapo pemasangan radio adalah menjadi amalan baik
a) Untuk hanya menggunakan perpaipan palastik bagi pembumian
b) Untuk menggunakan perpaipan logam yang dibumikan
c) Tidak membumikan semua bekas logam
d) Memasang satu kunci keselamatan utama yang diketahui oleh semua penghuni rumah

50. Apakah wayar terbaik untuk digunakan bagi pendawaian kelengkapan radio
a) Sebarang wayar yang tersedia
b) Sebarangwayar yang berpenebat
c) Wayar yang berpenebat dengan kadaran arus dan voltan yang bersesuain
d) Wayar yang tak berpenebat

51. Apakah nama aliaran bagi electron didalamsuatu litar elektrik
a) Voltan
b) Rintangan
c) Kemutan
d) Arus

52. “Potentiometer” adalah merupakan:
a) Meter Volt
b) Perintang boleh ubah
c) Meter perlbagai
d) Meter berkemutan

53. Arus sebanyak 0.5 Ampere mengalir melalui suatu rintangan bila voltan 6 Volt dikenakan. Untuk mengubah arusnya kepada 0.25 Ampere, anda haruslah:
a) Meningkatkan bekalan ke 12 Volt
b) Menurunkan bekalan ke 3 Volt
c) Menyambungkan satu peringtang 12ohm
d) Menyambung satu perintang 6ohm secara selari dengan rintangan sedia ada

54. Bermula dari satu puncak positif, berapa kalikah suatu gelombang sinus harusmelintasi paksi sifarnya dalam melengkapkan satu kitaran lengkap?
a) 8 kali
b) 4 kali
c) 2 kali
d) 1 kali

55. Arus yang mengalir dalam suatu litar ialah 10 mA. Berapakah Watt kuasa yang dilesapkan oleh rintangan litar 100 kOhm
a) 1 Watt
b) 10Watt
c) 1,000 Watt
d) 10,000

56.Tiga pengalir elektrik yang baik adalah:
a) Tembaga, Emas dan Mika
b) Emas, Perak dan Kayu
c) Emas, Tembaga dan Aluminium
d) Tembaga, Aluminium dan Kertas

57. Faktor Q bagi litar reasonan akan menentukan:
a) Kerugian bagi litar tersebut
b) Nilai kemutan yang diperlukan untuk resonan
c) Nilai keruhan yang diperlukan untuk resonan
d) Nilai bagi arus yang meningkat menerusi gegelung dan pemuat ketika resonan

58. Regangan bagi suatu pemuat akan:
a) Kekal malar dengan perubahan frekuensi
b) Meningkat dengan peningkatan frekuensi
c) Menurun dangan peningkatan frekuensi
d) Meningkat dengan penurunan frekuensi

59. Jenis litar pengayun yang manakah kebiasaannyadigunakan dalam suatu VFO?
a) Pierce dan Zener
b) Colpitts dan Hartley
c) Armstrong dan de Forest
d) Suap balik negative dan suap balik terimbang

60. Mengapa anda perlu menggunakan fius?
a) Untuk menghasilkan litar pintas apabila terdapat terlalu banyak arus di dalam litar
b) Untuk menukar arus terus kepada arus ulang alik
c) Untuk menukar arus ulang alik kepasa arus terus
d) Untuk menghasilkan litar terbuka apabila terdapat terlalu banyak didalam litar

61. Pemuat dan pengaruh menentang arus ulang alik. Ini dikenali sebagai:
a) Rintangan
b) Resonan
c) Kealiran
d) Regangan

62. Bagaimanakah anda boleh menentukan kadar had-terima elektrikal bagi suatu perintang karbon?
a) Dengan menggunakan meter gelombang
b) Dengan menggunakan kod warna perintang
c) Dengan menggunakan teorem “Thevenin” untuk perintang
d) Dengan menggunakan kod “Baudot”

63. Dimanakah tenaga disimpan didalam suatu pemuat yang di caskan?
a) Voltan yang merintasi terminal-terminalnya
b) Arus yang dikenakan ke[pada pemuat
c) Medan elektrik diantara plat-platnya
d) Bentuk kemagnetannya

64. Suatu litar yang terdiri daripada empat diod yang menghasilak penerus gelombang penuh “DC” daripada sebuah pengubah di panggil:
a) Litar terseimbang
b) Penerus titi
c) Beban semu
d) Pengatur

65. Sebuahlitar pelicin menggunakan pengaruh dan pemuat adlaah merupakan suatu standard bagi:
a) Penuras laluan rendah
b) Pengatur voltan
c) Penerus
d) Pembezalayan

66. Diod boleh digunakan didalam:
a) Penerus bekalan kuasa
b) Pengesan isyarat
c) Meter kekuatan medan
d) Semua yang diatas

67. Untuk membolehkan suatu transistor silicon mengalir:
a) Pemancar tapaknya mestilah dipancang ke depan dengan 0.6 Volt
b) Tapaknya mestilah disambung ke pemancarnya
c) Pengumpulnya mestilah disambungkan ke pemancarnya
d) Tapak mendulunya mesti diputuskan

68. Kawasan bagi suatu diod simpang dimana tiada lubang bebas atau tiada kewujudan electron dipanggil:
a) Anod
b) Katod
c) Kawasan susutan
d) Semikonduktor

69. Suatu penguat audio adalah perlu bagi suatu penerima kerana:
a) Isyarat yang meninggalkan pengesan adlaah lemah
b) Frekuensi pembawanya mesti diganti
c) Isyaratnya memerlukan penyahmodulatan
d) Isyarat RF tidak boleh didengari oleh telinga manusia

70. Suatu penerima dengan kememilihan tinggi mempunyai:
a) Lebar jalur yang lebar
b) Julat telaan yang lebar
c) Lebar jalur yang sempit
d) Julat talaan yang sempit

2 comments: