Friday, August 28, 2009

Bagaimana Untuk Mengambil Bahagian Didalam Radio Amatur

BAGAIMANA UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN DIDALAM RADIO AMATUR

Untuk mengendalikan Stesyen Radio Amatur, pengendali mestilah memegang Sijil Pengendali Stesyen Radio Amatur yang dikeluarkan oleh SKMM ( MCMC ). Permohonan boleh di buat dimana-mana pejabat Wilayah SKMM ( MCMC ). Tanda Panggilan ( CallSign ) akan diberikan kepada pemohon yang berjaya mengikut Kelas Sijil Pengendali Stesyen Radio Amatur. Sijil Penguntukan Radas Radio Amatur membenarkan pemegang untuk mengambil bahagian dan mengoperasikan Stesyen Radio Amatur.

Peruntukan Tanda Panggilan ( Call Sign ) di Malaysia adalah seperti berikut :

Semenanjung Malaysia - Kelas A - 9 M 2 x x x
Kelas B - 9 W 2 x x x

Sabah - Kelas A - 9 M 6 x x x
Kelas B - 9 W 6 x x x

Sarawak - Kelas A - 9 M 8 x x x
Kelas B - 9 W 8 x x x

PENGUNTUKAN RADAS RADIO AMATUR

Semua Stesyen Radio Amatur mestilah mempunyai lesen yang sah daripada SKMM ( MCMC ) sebagai sebuah badan berkuasa untuk industri komunikasi di Malaysia. Anda mestilah memiliki sijil Penguntukan Radas Radio Amatur ( ASAA ) untuk mengendalikan Stesyen Radio Amatur.

Di bawah kategori radio amatur terdapat tiga kelas iaitu :

1. Permohonan untuk Penguntukan Radas ( Perkhidmatan Amatur ) ASAA kelas A dan B

2. Permohonan untuk Penguntukan Radas ( Perkhidmatan Mobil ) borang untuk Stesyen Pengulang ( Repeater ) Amatur

Tempoh sah Penguntukan Radas Radio Amatur ( ASAA ) adalah diantara 3 bulan hingga 5 tahun.

KELAYAKAN UNTUK MEMOHON PENGUNTUKAN RADAS RADIO AMATUR

Untuk kelayakan , pemohon mestilah :

1. Berumur tidak kurang dari 18 tahun untuk kelas A dan berumur tidak kurang dari 14 tahun untuk kelas B.
Bagi pemohon dibawah umur 21 tahun, dikehendaki mendapat pengesahan daripada ibubapa, penjaga atau mana-mana pihak yang akan bertanggungjawab.

2. Warganegara Malaysia atau warganegara asing yang mempunyai perjanjian timbal balik ( Reciprocal Aggrement ) dengan Malaysia.

3. Pemegang Sijil Pengendali Stesyen Radio Amatur ( AROC ) kelas A atau B hendaklah mengemukakan salinan keputusan Peperiksaan Radio Amatur kepada SKMM ( MCMC ).

KEPERLUAN PEMATUHAN

Pemegang Sijil Penguntukan Radas Radio Amatur ( ASAA ) mestilah akur dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan undang-undang dan pindaan yang dibuat.

KEPERLUAN PEMATUHAN ANTARABANGSA

Pemegang Sijil Penguntukan Radas Radio Amatur ( ASAA ) mestilah akur dengan Peraturan Radio ( Radio Regulation ) Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa ( ITU ) dan Konvensyen Telekomunikasi Antarabangsa ( ITC ).

Penggunaan ulangan untuk stesyen pengulang yang mengoperasikan jalur Ulangan Amat Tinggi ( VHF ) dan Ulangan Teramat Tinggi ( UHF ) dalam jarak 50 kilometer daripada sempadan Malaysia akan memerlukan Koordinasi Sempadan dengan negara jiran berkenaan.

YURAN PENGUNTUKAN RADAS RADIO AMATUR

Yuran Penguntukan Radas Radio Amatur adalah seperti jadual dibawah :

Kelas Yuran Permohonan Yuran Tahunan
Kelas A RM 60.00 RM 36.00
Kelas B RM 60.00 RM 24.00
Stesen Pengulang Amatur RM 60.00 RM 60.00

PERJANJIAN OPERASI TIMBAL BALIK

Stesyen Radio Amatur negara luar boleh memohon dibawah perjanjian operasi timbal balik dengan Malaysia. SKMM ( MCMC ) akan mengeluarkan ASAA kepada stesyen amatur luar negara sekiranya permohonan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Pengeluaran lesen berkenaan mengikut kelas lesen dari negara asal.

ASAA hanya akan dikeluarkan tidak melebihi tempoh masa sah yang dikeluarkan oleh negara asal atau setahun atau mana yang terdahulu.

Stesyen Radio Amatur negara luar yang tidak ada mempunyai perjanjian operasi timbal balik dengan Malaysia akan dipertimbangkan pengeluaran lesen bergantung kepada kes-kes tertentu sahaja. Walau bagaimana pun pengesahan dari ahli MARTS akan dipertimbangkan.

PEPERIKSAAN

Terdapat dua jenis peperiksaan Radio Amatur :

1. Peperiksaan bertulis Radio Amatur ( RAE ).
2. Peperiksaan amali Kod Morse ( CW Test ).

PEPERIKSAAN RADIO AMATUR ( RAE )

Peperiksaan bertulis merangkumi tajuk-tajuk berikut ;

1. Teori Eletrik , Eletronik dan Radio Komunikasi.

2. Teori dan Operasi peralatan radio termasuk sistem antenna , pemancar , penerima , amplitude , modulasi ulangan dan teknik single sideband.

3. Peraturan yang dibuat dibawah akta yang membolehkan mana-mana stesyen ujud dan beroperasi dan termasuk perkhidmatan kajian amatur.

4. Peraturan Radio Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa ( ITU ) membolehkan stesyen radio amatur beroperasi dan melakukan kajian dan tertakluk kepada peraturan operasi stesyen radio amatur secara amnya.

Terdapat 100 soalan didalam peperiksaan ini dalam bentuk objektif dan calun diberi masa selama 3 jam untuk menjawab kesemua soalan. Setiap jawapan yang salah tidak akan dipotong markah.

UJIAN KOD MORSE ( CW TEST )

Adalah satu peperiksaan amali untuk mengukur keupayaan dan kemahiran pengendali stesyen radio amatur.

1. Berupaya menghantar mesej dengan betul dengan menggunakan kekunci telegraf samada kekunci separuh otomatik atau kekunci eletronik dalam tempoh 3 minit dengan kelajuan bahasa biasa termasuk angka , Isyarat Khas , Kod ’Q’ dan isyarat kecemasan didalam Kod Morse Antarabangsa.

2. Berupaya menerima mesej dengan betul dengan menggunakan kekunci telegraf samada kekunci separuh otomatik atau kekunci eletronik dalam tempoh 3 minit dengan kelajuan bahasa biasa termasuk angka , Isyarat Khas , Kod ’Q’ dan isyarat kecemasan didalam Kod Morse Antarabangsa.

Calun mestilah berupaya mengantar mesej sebanyak 36 perkataan ( lebih kurang lima huruf satu perkataan ) dalam bahasa biasa dalam masa tiga minit dengan kelajuan 12 perkataan seminit tanpa isyarat pembetulan. Maksimum empat kesalahan dan empat isyarat pembetulan adalah dibenarkan.

Calun mestilah berupaya menerima mesej sebanyak 36 perkataan ( lebih kurang lima huruf satu perkataan ) dalam bahasa biasa dalam masa tiga minit dan setiap angka dan huruf yang diterima salah dikira satu kesilapan. Satu perkataan yang mana satu atau lebih huruf yang diterima salah dikira dua kesilapan. Maksimum empat kesilapan didalam bahasa biasa dan maksimum dua angka yang diterima salah dibenarkan.

BAGAIMANA UNTUK MEMOHON MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Peperiksaan akan diadakan dari masa ke semasa. Tarikh , Masa dan Tempat akan ditentukan oleh SKMM ( MCMC ). Notis penghebahan akan dibuat melalui media cetak dan eletronik. Terma dan syarat , peraturan permohonan , cara pembayaran dan lain-lain yang berkaitan dengan peperiksaan akan juga dimaklumkan.

YURAN PEPERIKSAAN

Yuran peperiksaan adalah seperti berikut :

1. Peperiksaan Radio Amatur ( RAE ) - RM 50.00

2. Ujian Kod Morse ( CW TEST ) - RM 50.00

Yuran peperiksaan tidak akan dikembalikan kepada calun sekiranya menarik diri atau tidak hadir pada tarik peperiksaan. Yuran tidak boleh dipindah dari satu tarikh peperiksaan ke tarikh peperiksaan yang lain atau dari calun kepada calun yang lain.

HAD KELAYAKAN UMUR

Had kelayakan umur minima untuk menduduki Peperiksaan Radio Amatur ( RAE ) adalah 14 tahun.

Had kelayakan umur minima untuk menduduki Ujian Morse Kod ( CW Test ) adalah 18 tahun.

Stesyen Radio Amatur Kelas A diberi keutamaan untuk pemancaran kuasa tinggi tetapi perlu mengambil kira dan bertanggungjawab ketika beroperasi/mengendali stesyen.

6 comments:

  1. assalamualaikum,, kena ambik2 dua exam or salah satu sahaja,,,berminat nk join

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Sebagai permulaan, boleh belajar dan menduduki Peperiksaan Radio Amatur ( RAE ) sahaja.

      Delete
  2. Sallam sya anak indonesia tapi dh berkawin dengan warganegara . Boleh ke saya nk daftar dalam radio amatur ini. Baru je berkawin baru jalan 1thn. Sya berminat dalam radio amatur ini di mana sya boleh medapat kan maklumat seterusnya .saya tingal di pelabuhan klang. Terimakasih

    ReplyDelete
  3. Boleh tuan. Asalkan boleh membaca dan menjawab soalan dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.
    Juga melebihi 14 tahun.
    Sila beli voucher di laman http://sems.skmm.gov.my/ dan daftar menggunakan no passport tuan.

    Boleh ikuti kelas persediann RAE yg biasa diadakan 1-2 bulan sebelum tarikh peperiksaan.

    ReplyDelete
  4. Cara mendaftar, pepereksaan dan kelas persediaan.

    ReplyDelete