Tuesday, August 11, 2009

CONTOH SOALAN – SOALAN PEPERIKSAAN RADIO AMATUR (RAE)

CONTOH SOALAN – SOALAN PEPERIKSAAN RADIO AMATUR (RAE)

1. Bila berbual melalui suatu pengulang VHF atau UHF, anda perlu diam seketika di antara ’over’ bagi membolehkan :
a) laluan bagi pesanan penting dan kecemasan
b) stesen lain untuk turut serta dalam ’QSO’
c) untuk menyejukkan pengulang
d) jawapan (a) dan (b) diatas

2. Apabila membuat panggilan ’CQ’, adalah menjadi amalan baik untuk :
a) menggunakan frekuensi yang sedang digunakan oleh stesen yang lemah
b) sentiasa menggunakan ’CW’
c) hanya memanggil stesen-stesen ’DX’
d) mempastikan yang frekuensinya adalah lega (tidak) digunakan sebelum memulakannya

3. Dalam suatu perhubungan telefoni, adalah disarankan agar :
a) bercakap secepat yang mungkin bagi melegakan frekuensi
b) bercakap sangat perlahan dengan menggunakan fonetik sekerap yang mungkin
c) menggunakan kod ’Q’ sekerap yang mungkin
d) bercakap dengan jelas dan tidak terlalu cepat

4. Awalan’callsign’ bagi penguntukan radas stesen amatur Kelas A yang menetap di Sarawak ialah :
a) 9M8
b) 9M7
c) 9M6
d) 9M2

5. Aturan yang betul bagi pertukaran ’callsign’ pada permulaan dan akhiran suatu penghantaran ialah :
a) ’callsign’ pihak yang satu lagi diikuti dengan ’callsign’ anda
b) ‘callsign’ anda diikuti dengan ‘callsign’ pihak yang satu lagi
c) ‘callsign; anda, diulang dua kali
d) ‘callsign’ pihak yang satu lagi, diulang dua kali

6. Maklumat apakah yang kebiasaannya terkandung di dalam buku log stesen ?
a) tarikh dan masa bagi setiap perhubungan
b) jalur dan/atau frekuensi bagi setiap perhubungan
c) ’callsign’ bagi stesen yang dihubungi dan laporan isyarat ’RST’ yang diberikan
d) Kesemua jawapan di atas

7. Peraturan yang manakah bukan peraturan subsidiari bagi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998?
a) Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Spektrum) 2000
b) Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Perlesenan) 2000
c) Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000
d) Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Penyiaran) 2000

8. Apakah amalan terbaik apabila menggunakan pengulang?
a) kekalkan ’over’ singkat bagi membolehkan pengguna lain mencapainya
b) kekalkan ’over’ selama mana yang anda suka
c) bincangkan perkara-perkara termasuk politik, seks dan agama
d) mencapai pengulang tersebut tanpa memberikan ’callsign’ anda

9. Satelit mengandungi ’transponder’ yang menyalurkan semula :
a) hanya isyarat-isyarat ’CW’
b) hanya isyarat-isyarat ’FM’
c) hanya mod mudalatan
d) isyarat-isyarat digital sahaja

10. Pentadbiran bagi perkhidmatan radio amatur di Malaysia dikendalikan oleh :
a) Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa
b) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
c) Kesatuan Radio Amatur Antarabangsa
d) Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi

11. Pengulang kebiasaannya beroperasi dalam mod yang mana?
a) AM
b) FM
c) SSB
d) CW

12. Apakah kod ‘Q’ yang betul bagi ‘apakah lokasi anda?’
a) QSY
b) QSP
c) QRP
d) QTH

13. Arus yang mengalir dalam suatu litar ialah 10 mA. Berapakah Watt kuasa yang dilesapkan oleh rintangan litar 100KΩ?
a) 1 watt
b) 10 watt
c) 1,000 watt
d) 10,000 watt

14. Perkataan ‘CW’ adalah singkatan untuk?
a) Kod Morse
b) Panggilan menunggu
c) Gelombang terus-menerus
d) ’Carrier Weight’

15. Kod ’Q’ yang betul bagi ’adakah isyarat saya memudar?’
a) QSD
b) QSB
c) QRN
d) QRH

16. Kandungan (maklumat) yang direkodkan dalam buku log stesen mestilah disimpan untuk tempoh :
a) sekurang-kurangnya 6 bulan
b) sekurang-kurangnya 1 tahun
c) sekurang-kurangnya 2 tahun
d) selama-lamanya

17. Penguat kuasa RF di dalam suatu pemancar biasanya ditala ke :
a) frekuensi pengayun tempatan
b) frekuensi ’BFO’
c) frekuensi keluaran pemancar
d) frekuensi modulatan

18. Awalan ’callsign’ antarabangsa yang diperuntukan untuk Malaysia bagi semua stesen yang terdedah kepada hubungan umum antabangsa dan lain-lain stesen yang berkampuan menyebabkan gangguan memudaratkan yang melampaui sempadan Malaysia oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) ialah :
a) 9WAA hingga 9WZZ
b) 9MAA hingga 9MZZ
c) 9M0 hingga 9M9
d) pilihan (a) dan (b) di atas

19. Apakah definasi bagi Perkhidmatan Radio Amatur?
a) suatu perkhidmatan radiokomunikasi yang dijalankan oleh individu selain dari pemberi perkhidmatan telekomunikasi
b) suatu perkhidmatan radiokomunikasi yang dijalankan oleh orang yang bukan professional
c) suatu perkhidmatan radiokomunkasi yang dijalankan oleh juruteknik bagi maksud latihan diri sebagai pengumum radio
d) suatu perkhidmatan radiokomunkasi bagi maksud latihan diri, interkomunikasi dan penyiasatan teknikal yang dikendalikan oleh amatur

20. Berdasarkan kepada Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Spektrum) 2000, berapakah jumlah yuran tahunan bagi stesen pengulang radio amatur?
a) RM 60.00
b) RM 24.00
c) RM 36.00
d) RM 120.00

21. Sebelum mengendalikan stesen radio amatur di dalam kenderaan, anda mestilah :
a) memberitahu Jabatan Pengangkutan Jalan, nombor pendaftaran kenderaan anda yang telah dipasang dengan kelengkapan radio amatur
b) memberitahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia tentang hasrat anda itu
c) memiliki penguntukan radas stesen amatur yang sah
d) memperoleh permit dan ’callsign’ tambahan

22. Di Malaysia, sebuah sesen radio amatur adalah sesuatu yang :
a) dibenarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk dikendalikan dalam jalur frekuensi amatur
b) dimiliki dan dikendalikan oleh seseorang yang tidak melibatkan diri secara professional dalam bidang radiokomunikasi
c) digunakan secara eksklusif bagi menyediakan perhubungan dua hala sehubungan dengan aktiviti-aktiviti pertubuhan-pertubuhan bersukan amatur
d) digunakan sebagai keutamaan bagi perhubungan kecemasan ketika banjir, gempa bumi dan bencana yang seumpamanya

23. Kuasa keluaran maksima yang dibenarkan dari stesen radio amatur Kelas A ialah :
a) 300 watt PEP
b) 400 watt PEP
c) 500 watt PEP
d) 1000 watt PEP

24. Stesen radio amatur yang dikendalikan dari tempat sebagaimana yang dinyatakan dalam penguntukan radas stesen amaturnya dipanggil :
a) stesen radio amatur terkhusus
b) stesen pangkalan
c) stesen bergerak
d) stesen mudahalih

25. Takrifkan ’Peak Envelope Power’ :
a) bermaksud kuasa yang dibekalkan ke antena oleh penerima radio dalam keadaan tanpa modulatan
b) bermaksud kuasa purata yang dibekalkan ke talian-talian penghantaran antena oleh suatu pemancar semasa satu kitar frekuensi radio pada rabung tertinggi dari sampul termodulat yang diambil dalam keadaan kendalian biasa
c) bermaksud kuasa purata yang dibekalkan ke talian-talian penghantaran antena dalam keadaan tanpa modulatan
d) bermaksud kuasa purata yang dibekalkan ke antena dalam keadaan dimana kuasa tersebut tidak mendatangkan bahaya kepada kehidupan

26. Pemodulatan frekuensi menggunakan suara di istilahkan sebagai :
a) F1A
b) F3C
c) F2A
d) F3E

27. Apakah umur minima yang dibolehkan bagi seseorang untuk mengambil Peperiksaan Radio Amatur (RAE) di Malaysia?
a) 12 tahun
b) 14 tahun
c) 18 tahun
d) tiada had umur minima

28. Peraturan 27(1) dari Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 menyatakan bahawa :
a) tiada seorang pun boleh memancarkan mana-mana bahagian dari spektrum frekuensi melainkan jika orang itu dilesenkan
b) tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengendalikan apa-apa kegiatan dalam suatu bidang kemahiran yang ditetapkan melainkan jika orang itu diperakui
c) tiada seorang pun dibenarkan mengendalikan sebarang kelengkapan radio amatur melainkan jika kelengkapan tersebut diperakui oleh SIRIM
d) tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengendalikan apa-apa kegiatan dalam perkhidmatan radio amatur melainkan jika orang itu mampun untuk mengendalikan suatu stesen radio amatur dengan betul

29. Nada standard yang digunakan untuk pengulang-pengulang radio amatur di Malaysia ialah :
a) 67.0 Hz
b) 103.5 Hz
c) 203.5 Hz
d) 250.3 Hz

30. Apabila bekerja dengan Satelit Amatur, anda haruslah :
a) menggunakan kuasa maksima yang dibenarkan
b) memeriksa antena anda untuk resonan pada frekuensi yang dipilih
c) menggunakan kuasa yang mencukupi untuk mengekalkan perhubungan yang boleh diharapkan
d) menggunakan pemproses ucapan dan jeritlah untuk penembusan yang lebih besar

31. Untuk keselamatan kelengkapan, sebelum menghidupkan kelengkapan radio amatur, anda haruslah mempastikan yang kelengkapan tersebut telah disambungkan kepada :
a) suatu unit bekalan kuasa tak diatur
b) suatu antena atau suatu beban semu (dummy load)
c) suatu bateri yang telah dicas sepenuhnya
d) jawapan (a) dan (b) di atas

32. ’QRT’ bermaksud
a) tutup/tamat
b) berjaga-jaga
c) pemudaran
d) kuasa rendah

33. Laporan ’S’ dalam kod ’RST’ diperolehi daripada :
a) tahap kuasa dari isyarat yang dipancarkan
b) kelajuan pada mana ’CW’ dihantar
c) tahap gangguan pada jalur
d) bacaan pada penunjuk ’meter S’ penerima

34. Apakah jenis pancaran yang dihasilkan oleh pemancar telefon radio yang menggunakan pemodulat terimbang diikuti dengan penuras laluan jalur 2.5 kHz?
a) PM
b) AM
c) SSB
d) FM

35. Regangan bagi suatu pemuat akan :
a) kekal malar dengan perubahan frekuensi
b) meningkat dengan peningkatan frekuensi
c) menurun dengan peningkatan frekuensi
d) meningkat dengan penurunan frekuensi

36. Peraturan-peraturan asas Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) ialah untuk menguruskan stesen radio amatur ada terdapat di dalam :
a) Peraturan-peraturan Radio Antarabangsa
b) Peraturan-peraturan Radio Amatur Antarabangsa
c) Peraturan-peraturan Spektrum Antarabangsa
d) Akta Radio Amatur Antarabangsa

37. Pengendali radio amatur boleh melakukan aktiviti-aktiviti berikut dengan radionya kecuali :
a) berhubung ke seluruh pelusuk dunia
b) berhubung dengan angkasawan ketika beredar mengelilingi bumi
c) menyediakan perkhidmatan penyiaran kepada orang awam
d) memberi bantuan ketika kecemasan dan bencana alam dengan menyediakan perhubungan bilamana perkhidmatan perhubungan biasa gagal atau tidak dapat digunakan

38. Apakah wayar terbaik untuk digunakan bagi pendawaian kelengkapan radio?
a) sebarang wayar yang tersedia
b) sebarang wayar yang berpenebat
c) wayar yang berpenebat dengan kadaran arus dan voltan yang bersesuaian
d) wayar yang tak berpenebat

39. Apakah nama aliran bagi electron di dalam suatu litar elektrik?
a) voltan
b) rintangan
c) kemuatan
d) arus

40. Arus sebanyak 0.5 ampere mengalir melalui suatu rintangan bila voltan 6 volt dikenakan. Untuk mengubah arusnya kepada 0.25 ampere, anda haruslah,
a) meningkatkan bekalan ke 12 volt
b) menurunkan bekalan ke 3 volt
c) menyambungkan satu perintang 12Ω secara selari dengan rintangan sediada
d) menyambungkan satu perintang 6Ω secara selari dengan rintangan sediada

41. ’Potentiometer’ adalah merupakan :
a) meter volt
b) perintang boleh ubah
c) meter pelbagai
d) meter berkemuatan

42. Faktor Q bagi litar resonan akan menentukan :
a) kerugian bagi litar tersebut
b) nilai kemuatan yang diperlukan untuk resonan
c) nilai kearuhan yang diperlukan untuk resonan
d) nilai bagi arus yang meningkat menerusi gegelung dan pemuat ketika resonan

43. Yang mana di antara berikut adalah cara terbaik untuk memasang antena anda berhubung dengan talian atas kuasa elektrik?
a) sentiasa pastikan wayar antena anda adalah lebih tinggi dari talian kuasa dan melintasinya pada sudut 90 darjah
b) sentiasa pastikan antena dari talian suapan anda adalah jelas bebas dari sebarang talian kuasa
c) sentiasa pastikan antena anda adalah lebih rendah daripada talian kuasa dan melintasinya pada sukut yang kecil
d) hanya menggunakan antena menegak dalam lingkungan 100 kaki dari talian kuasa

8 comments:

  1. siwee bro ... jawapan nyer kner carik ler ... nanti x tau nak jawap lak ... heheh

    ReplyDelete
  2. 1d, 2d,3d,4a,5a,6d,7d,8a,9c,10b,11b,12d,13b,14c,15b,16c,17d,18d,

    ReplyDelete
  3. 19d, 20a,21c,22a,23b,24b,25b,26d,27b,28d,29c,30b,31b,32a,33a,

    ReplyDelete
  4. 34c,35c,36a,37c,38c,39d,40b,41c,42d,43b

    ReplyDelete
  5. pada sesiapa yg berkenaan tolong la check jawapan betul ke tidak? 15hb December peperiksaan RAE ni...

    ReplyDelete
  6. www.parabola-kb.blogspot.com

    ReplyDelete